Selepas Petroleum, Kini REE Sumber Kekayaan Baru Kelantan, Terengganu


Berapakah nilai REE di Kelantan, Terengganu ?

Secara kasar dianggarkan di Kelantan terdapat REE yang bernilai sekitar RM125 billion. 

Di Terengganu lagi banyak, sekitar RM400 billion hingga 500 billion. 

Itu hanya anggaran, yang dilaporkan dalam berita. Jumlah sebenar mungkin akan diketahui apabila penerokaan secara serius dilakukan.

Macam mana nak korek REE tu ?

Yang menjadi persoalannya sekarang, macam mana nak korek REE tu dalam tanah ?

Kalau di Australia, contohnya di Mount Weld ( yang supply REE untuk diproses kat kilang Lynas di Pahang), diorang guna kaedah open-pit (perlombongan terbuka).

Di China pulak, diorang guna kaedah 'asid leaching in situ' iaitu kaedah menyuntik asid ke dalam tanah. 

Sebenarnya kedua kaedah perlombongan open-pit atau asid leaching in situ tak sesuai digunakan kat Malaysia.

Kenapa ? Kerana sebahagian REE di tempat kita nie berada dalam hutan simpan kekal. Kalau katalah nak guna kaedah suntik larutan kimia ke dalam tanah sebab murah & kononnya tak banyak pokok kena tebang TAPI ianya menyebabkan pencemaran air bawah tanah. Di kawasan seperti Jiangxi & Guangdong, penduduk kampung lapor air perigi tak boleh diminum sebab pH terlalu rendah dan ada logam berat (arsenik, kadmium, thorium). Nak menanam pun dah tak sesuai. 

Jadinya memang kita teruja tapi kita masih belum ada kaedah yang sesuai lagi macam mana nak keluarkan REE dari dalam tanah tanpa menyebabkan kemusnahan tambahan pulak kepada hutan kita. 

Mungkin dimasa depan ada teknologi. 

Ulasan

Catatan Popular