Penerbangan KB Ke Bangkok Tak Lama Lagi ?
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, Kota Bharu mencatatkan 1.3 juta penumpang setakat Januari hingga September 2025. Ianya peningkatan 122.9 peratus berbanding tahun lalu. Tak mustahil menjelang hujung tahun jumlah penumpang yang dikendali LTSIP boleh mencecah 1.5 juta penumpang.
Penerbangan terus ke Singapore
Oktober menyaksikan LTSIP menerima penerbangan terus dari Singapore yang dikendalikan oleh Scoot, anak syarikat Singapore Airlines. Penerbangan KB ke Singapore adalah 2 kali seminggu & jika ada demand, akan ditambah lagi kekerapan.
KB ke Bangkok ??
Tak mustahil jika ada permintaan. Dulu pernah ditawarkan Fireflyz tapi tak lama kerana pergolakan politik di Bangkok pada masa itu.
Kerajaan Kelantan kena agressive
Kerajaan Kelantan kena agreesive mempromosikan Kelantan sebagai tempat pelancongan menarik, barulah ada nanti ada penerbangan terus ke lokasi luar negara. Tambahan pulak LTSIP dah boleh kendalikan penerbangan antarabangsa. Ditambah pulak dengan jenis pesawat sekarang A320 & B737 dah boleh terbang ke lokasi sejauh 8 jam.



Ulasan
Catat Ulasan