Lelaki Johor Dedah Dijual Kawan Sendiri Kepada Scammer


Menyedihkan ! Itu yang saya boleh ungkapkan selepas membaca berita dalam Sinar Harian.

Joe dari Johor mendedahkan dijual kawan sendiri kepada scammer dengan mendapat komisen RM8400 untuk seorang mangsa.

Joe bagitau dia dapat offer bekerja sebagai pembakar sate di Kemboja daripada rakannya itu dengan gaji RM6300 sebulan.

Tiket penerbangan ke Kemboja ditanggung oleh kawannya itu & turut memberi duit RM2000 sebagai wang saku.

Namun bila sampai di Kemboja, mimpi indah bertukar kepada pengalaman mengerikan. Menurut Joe, dia diberi sesuatu yang mengkhayalkan sebelum dibawa pergi ke markas scammer. 

Di markas scammer, Joe dipaksa bekerja 14 jam sehari memperdayakan orang lain. Dia juga terpaksa capai target RM50000 hingga RM100000 sebulan. Jika tidak, dia akan diseksa, direnjat dengan elektrik atau dikurung tanpa diberi makan. 

Selain dirinya, terdapat lagi 40 warga Malaysia yang diperhambakan di markas scammer termasuklah juga warga dari negara lain.

Joe jugak bagitau mereka dipaksa makan babi dan minum arak.

Joe bersama dengan empat rakyat Malaysia berjaya diselamatkan & tiba di Malaysia pada 16 Ogos tahun ini.

Sampai sekarang Joe masih Trauma dengan kejadian itu.



Ulasan

Catatan Popular