Bekalan Minyak Masak Paket Bersubsidi Dan Petrol RON95 Boleh Dibeli Tanpa Had Di Selatan Thailand


Sedih la ambo baca berita dalam Berita Harian tadi. Nak tahu kenapa ?

Walaupun kawalan sempadan dipertingkatkan di sebelah Malaysia, namun bekalan minyak masak paket bersubsidi dan petrol RON95 di selatan Thailand tak pernah terputus.

Yang mengejutkan lagi tiada had pembelian. Ikutlah nak beli banyak mana sekalipun tiada masalah. Berbeza di Malaysia pembelian minyak masak paket bersubsidi dihadkan untuk 2 unit sahaja.

Kenapa penyeludupan terus berlaku ? 

Kerana aktiviti haram ini menguntungkan. Harga minyak masak paket dijual RM5.30 hingga RM6.60 di sebelah sana. Bayangkan berapa banyak penyeludup untung memandangkan harga minyak masak paket di Malaysia adalah RM2.50 sepaket.

Begitu jugak petrol RON95 seludup dijual sekitar RM3.30 hingga RM3.60 seliter.

Bekalan petrol seludup laris disana kerana harga petrol di Thailand lebih mahal.

Mengikut apa yang ambo baca dalam Berita Harian, bekalan petrol seludup ini dibawa masuk melalui pengkalan haram disepanjang Sungai Golok selain melalui ICQS dengan menggunakan kenderaan Malaysia yang diisi secara berulang di stesen minyak sebelah Malaysia. 

Bagi penyeludup bukan masalah kerajaan menghadkan pembelian petrol RON95 kepada 300 liter dan selepas itu perlu membeli pada harga tanpa subsidi RM2.60 kerana bagi mereka masih untung memandangkan harga petrol di Thailand lebih RM4 untuk 1 liter.

Ulasan

Catatan Popular