ECRL Disambung Hingga Ke Rantau Panjang ?
Adakah mungkin ada kebarangkalian besar yang ECRL akan disambung dari Kota Bharu sehingga ke Rantau Panjang ?
Mungkin ya kerana apa yang saya baca dalam suratkhabar, kerajaan Malaysia bersedia untuk membangunkan Pan Asia Railway Network menghubungkan Malaysia dengan China. Menteri Pengangkutan Malaysia juga dilaporkan akan bertemu rakan sejawat dari Thailand di Bangkok pada 2 Mei nanti untuk berbincang berkenaan PARN ini.
Sebelum ni pun ada dilaporkan dalam suratkhabar kerajaan memang ada rancangan untuk teruskan ECRL ke Rantau Panjang dengan kos RM2 billion.
Dalam berita sebelum ini pun ada dilaporkan yang kementerian akan mengadakan perbincangan dengan State Railway of Thailand berhubung cadangan pemulihan perkhidmatan dari Rantau Panjang ke Thailand, bertujuan untuk meningkatkan ketersambungan untuk pengangkutan kargo dan penumpang antara kedua-dua negara.
Saya harap akan menjadi kenyataan.
Ulasan
Catat Ulasan