China Sudi Berkongsi Teknologi Memproses Nadir Bumi Dengan Malaysia


China dilaporkan dalam suratkhabar The Sun bersedia untuk berkongsi teknologi memproses nadir bumi dengan Malaysia.

Menteri Luar Malaysia berkata pemprosesan nadir bumi di Malaysia bukan sahaja meningkatkan pendapatan negara tetapi juga menguntungkan negeri yang ada nadir bumi memandangkan urusan tanah & mineral adalah dibawah kuasa negeri.

Jika diproses, nadir bumi boleh dijual dengan harga 10 ke 15 kali ganda lebih mahal berbanding yang tidak diproses.

Buat masa sekarang Malaysia adalah pengeluar nadir bumi kedua terbesar dunia selepas China yang menguasai melebihi 90 peratus pasaran.

Berapakah jumlah nadir bumi di Kelantan ?


Kelantan dianggarkan memiliki rizab nadir bumi sebanyak 2562500 tan dengan nilai komersial sekitar RM125 billion

Rizab di Kelantan banyak tertumpu di jajahan Gua Musang, Jeli dan Tanah Merah.

Ulasan

Catatan Popular