Serati Goreng Di Bachok


Actually dah lama ambo nak gi try merasa serati goreng ada sebutir kedai agak famous jugak lah di Bachok. Ramai doh rekomen suruh gi try tapi duk main nanti lepas tu nanti.

Jumaat lepas nak dijadikan cerita ambo pun gi la. Keno gi try makan sendiri baru tahu sedap ke tak.

Kedai dio tu atas pada Tawang tapi sebelum sampai ke pantai Bachok.

Ambo gi tu time pagi memey penuh dengan orang duk beratur. 

Tengok ke ramai orang tu ambo sero malas doh sebab memey tak minat nak beratur panjang tapi mikir alang-alang dah sampai gi lah jugak beratur.



Alhamdulillah. Walaupun beratur panjang, turn order tu cepat. Kiranya takde la lama pun ambo beratur. Selain serati goreng, ada jugak lauk lain seperti gulai serati, gulai ayam, daging goreng, sayur apa semua, ikan bekok pun ada. 

Kerana niat ambo nak makan serati goreng, ambo order serati goreng setambun dengan ikan bekok sekor.

Hok ambo boleh puji serati goreng sini sebab dagingnya lembut. Selalunya daging serati nie keras & liat. Lembut dia tu macam isi ayam. Sedap la makan tak liat. Rasanya macam mana ? Of course la rasa serati goreng. Takkan la pulak rasa gulai kambing pulak kan.



Yang gulai serati tu nanti next time ambo nak cuba. Sekarang ambo enjoy dulu makan serati goreng. 

Betul ambo cakap nak cari kedai makan yang ada jual lauk serati nie payah jugak. Bukan semua kedai ada jual. Sebab tu kalau ada kedai makan yang jual lauk serati tu spesel.

Ulasan