Sepatutnya terminal baru Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra fasa 1 akan mula beroperasi pada bulan Mac.
Namun ianya terpaksa ditunda kepada samada bulan April ataupun Mei.
Ini mungkin kerana ada lagi kerja yang perlu disiapkan sebelum terminal baru fasa 1 ini benar-benar boleh beroperasi.
Yang sekarang akan beroperasi adalah fasa 1. Separuh lagi dalam fasa 2 yang akan bermula pembinaannya hanya setelah fasa 1 boleh beroperasi. Ianya melibatkan bangunan terminal lama LTSIP akan dibangunkan semula. Jangkaan siap pada 2025.
Siap sepenuhnya kelak LTSIP mampu mengendalikan sehingga 4 juta penumpang setiap tahun & mengukuhkan kedudukannya sebagai hub udara pantai timur.
Menariknya lagi LTSIP bukan sekadar mengendalikan penerbangan domestik tetapi juga penerbangan antarabangsa.
Kemungkinan penerbangan antarabangsa yang bakal berlepas dari LTSIP adalah ke destinasi seperti Singapore, Bangkok, Phuket, Vietnam & juga Kemboja.
Apa yang pasti warga Kelantan yang sentiasa terbang kesana kesitu sudah tidak sabar untuk merasai menggunakan terminal baru LTSIP.
Ulasan
Catat Ulasan