Kerja pembinaan kompleks sukan Bukit Merbau di Selising, Pasir Puteh sudah pun bermula dengan kos RM256 juta untuk sukan SUKMA 2028 nanti.
Kompleks sukan ini yang turut dikenali sebagai Madinatul Raudah (saya secara peribadi tak suka nama dalam bahasa Arab, kan lebih elok dalam Bahasa Melayu melambangkan jatidiri bangsa kita) bakal mengandungi stadium utama dengan kapasiti 20000 penonton & arena tertutup pelbagai guna.
Selain itu kompleks sukan ini nanti juga mengandungi stadium hoki, pusat skuasy, gelanggang lawn bowl berbumbung dan lapang sasar menembak.
Kompleks sukan ini turut dilengkapi kemudahan ruang pejabat, bilik persalinan, bilik rawatan, bilik media, bilik doping, gimnasium dan surau.
Sumber Fawwaz Media
Mengenai nama kompleks sukan itu, saya cadangkan pihak berwajib guna sahaja nama tempat kompleks sukan itu dibina, secara langsung orang awam tahu di mana lokasi komplek sukan itu.
BalasPadam