Rangka Manusia Berusia 8000 Tahun Dijumpai Di Gua Musang


Dalam tahun 2018, penyelidik dari UKM, UPSI dan Jabatan Warisan Nasional berjaya menemui rangka manusia dari era zaman Mesolitik di Gua Chawan di Lembah Nenggiri dekat Gua Musang. Rangka manusia itu dikatakan berusia sekitar 8000 tahun.

Apa yang menarik, rangka manusia itu ditemui bersama-sama artifak seperti alat litik, sisa makanan berupa tulang binatang, siput serta serpihan tembikar.

Sebuah muzium yang menempatkan penemuan rangka & artifak lain juga bakal diwujudkan di Gua Musang apabila semua jumpaan ekskavasi arkeologi telah lengkap.

Tak pelik bagi saya kalau banyak penemuan bahan-bahan sejarah di Nenggiri kerana dikawasan itu juga dulu pernah menjadi ibukota kerajaan Kelantan tua sekitar ribuan tahun yang lalu. 

Ulasan