Kerabu lawa, walaupun namanya lawa tapi bukan bermaksud kerabu itu lawa/cantik tapi sejenis kerabu yang menggunakan ikan mentah.
Saya sendiri pun hanya beberapa tahun kebelakangan ini baru kenal kerabu lawa. Itupun sebab tengok dokumentari kat tv yang kebetulan tunjuk pasal kerabu lawa. Time tu arwah nenek masih ada. Jadinya pernahlah tanya nak buat kerabu lawa nie macam mana. Cara nak buat takde lah susah pun. Senang jea.
Yang penting pemilihan ikan. Selalunya orang dulu-dulu guna ikan tambang. Makesure kena fresh lah. Jangan pulak guna ikan yang nak buruk pulak.
Selain ikan tambang, kalau korang ada duit lebih, boleh juga guna ikan tenggiri, ikan merah atau ikan salmon.
Isi ikan tu nanti potong dadu kecil-kecil. Lepas tu perah limau dan masukkan garam secukup rasa. Nanti isi ikan tu akan masak kerana acidity dari perahan limau. Lepas tu boleh la masukkan bawang, timun batang, tomato. Ada jugak yang masukkan kacang panjang. Lupa satu lagi. Cili pun kena masuk. Tak rasa pedas sikit tak sedap. Tak silap saya daun kesum pun kena masukkan sekali. Atau boleh diganti dengan daun ketumbar. Dah masuk semua tu, gaul bagi sebati. Dah siap. Senangkan cara nak buat kerabu lawa.
Ulasan
Catat Ulasan