Sejak 2 ke 3 tahun kebelakangan ini, banyak cafe dibukak di Kelantan bak cendawan selepas hujan. Namun kebelakangan ini banyak jugak yang terpaksa ditutup.
Kenapakah begitu ? Apa puncanya ? Berikut adalah dari pengamatan saya kenapa cafe banyak yang terpaksa tutup kedai.
Salah satunya kerana lokasi tak strategik sampai orang tak tahu pun kewujudannya. Ada jugak tempat sukar nak dapatkan parking.
Pengurusan yang entah apa-apa. Bila dah caca merba lama-lama lingkup.
Menu tak sedap. Pergi try skali next time tak datang dah. Dah la tak sedap mahal pulak tu.
Pelayan tak berapa mesra. Senyum pun tak. Nak datang ambik order pun malas.
Cafe kau cafe ku jual benda sama. Aku jual kopi kau jual kopi. Aku jual kek aku pun jual kek. Aku jual roti kau pun jual roti. Nama jea lain tapi semua sama. Takde yang unik yang boleh menarik pelanggan nak datang ke cafe. Kau jual chicken chop aku pun jual chicken chop.
Kalau kata sebab menu mahal, yang nie takleh menjadi punca. Banyak cafe jual mahal tapi ok jea boleh bukak sampai sekarang. Senang cerita memenuhi aspectation pelanggan. Yang jadi problem bila jual mahal tapi apa yang pelanggan dapat hampeh dan tak sedap. Macam saya pernah sekali order jus 10 ringgit tapi saya dapat jus kotak. Itu bukan jus betul !! Memang selepas itu saya dah tak berkunjung ke cafe itu, hampeh betul !! Cafe lain boleh jea jual jus RM6 guna buah betul.
Itu pada pengamatan sayalah. Mungkin ada punca lain yang kita tak tahu.
Byk Cafe tutup sbb manusia X ramai d kb..persaingan byk.
BalasPadam