Musim Ikan Budu Kembali Lagi

Sekarang di Kelantan sedang memasuki musim tengkujuh. Maksudnya hujan boleh dikatakan setiap hari kadang-kadang berterusan berhari-hari. 

Bila jea masuk musim tengkujuh, maka akan muncullah juadah yang unik hanya pada musim tengkujuh sahaja.

Salah satunya ikan budu. 

Jangan tersilap dengan ikan bekok pulak. Jika ikan bekok enak digoreng  panas dimakan dengan nasi panas, ikan budu pulak enak digoreng bersama dengan telur. Lepas tu diperah pulak limau. Memang sedap sungguhlah makan dengan nasik panas. Kadang-kadang boleh tambah sampai 2 pinggan nasi.

Kalau hari lain selalunya sukar nak cari ikan budu. Tapi sebab sekarang musim tengkujuh, boleh dikatakan semua pasar kat Kelantan ini akan start menjual ikan budu. 

Kalau dulu hanya ikan kembong dijadikan ikan budu tapi sekarang pelbagai ikan digunakan. Agak terkejut juga saya kerana tahun lepas tiada lagi dijual ikan budu dari ikan jenis pelbagai. Tahun ini baru start ada. Ikan paling mahal yang dijual sebagai ikan budu adalah ikan tenggiri. Tak tahulah saya rasanya bagaimana, mungkin lagi sedap dari ikan kembong.

Lepas tu kena ingat ada juga ikan budu import, selalunya dari Taiwan. Saya dah pernah beli. Tak sedap. Berbeza dengan ikan budu yang dihasilkan disini. Nak cari perbezaan antara yang lokal dan import sukar. Kalau tak sedap tu mungkin yang import lah. Tapi sekarang saya rasa yang dijual kebanyakan ikan budu tempatan. Yang import kalau ada jual pun time luar musim tengkujuh & tak semua tempatlah ada jual pun.

Kalau rajin nak try buat sendiri ikan budu pun boleh. Senang jea. Sediakan bekas lepas tu masukkan ikan, lapiskan ikan dengan garam laut kasar, masukkan jugak asam keping. Lepas tu tutup bekas rapat-rapat. Dah cukup 3 bulan maka terjadilah ikan budu. Senangkan ?

Cara makan pulak atas kesukaan masing-masing. Ada yang suka goreng begitu saja lepas tu tabur bawang dan cili potong, lepas tu perah limau. Yang kebanyakannya selalu dibuat adalah ikan budu digoreng bersama dengan telur kemudian diperah limau. Bagaimanapun cara nak menikmati ikan budu semuanya sedap.

Ulasan