Status perkembangan perjalanan kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai yang berada dalam permbinaan terkini adalah seperti berikut :
(i) Pakej 2B – Ketereh ke Kok Lanas
- Pakej ini masih dalam peringkat pembinaan.
- Kemajuan bagi pakej ini ialah jadual 93.55%, sebenar 85.70% dan mengalami kelewatan sebanyak 155 hari.
- Pakej ini berjalan dalam tempoh berdenda. JKR telah mengeluarkan pengakuan Kerja Tidak Siap kepada pihak kontraktor.
(ii) Pakej 2 C & 3A – Kok Lanas ke Bukit Tiu
- Pakej ini di peringkat pembinaan dan dijangka siap pada 4 Februari 2027.
- Kemajuan terkini bagi pakej ini ialah jadual 15.40% dan sebenar 18.30%.
(iii) Pakej Bukit Tiu ke Berangan Mek Nab
- Pakej ini dahulunya pakej lebuhraya rakyat dan telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk disiapkan.
- Pakej ini juga di peringkat pembinaan.
- Kemajuan untuk pakej ini adalah jadual 15.17% dan sebenar 15.82%.
- Pakej ini dijangka siap pada 21 Ogos 2025.
(iv) Pakej 3B – Kampung Berangan Mek Nab ke Kampung Keruh
- Pakej ini di peringkat pembinaan.
- Kemajuan kerja bagi pakej ini adalah jadual 15.82% dan sebenar 18.58%.
(v) Pakej 3C – Kampung Keruh ke Kuala Krai
- Pakej ini di peringkat pembinaan. Kemajuan kerja bagi pakej ini adalah jadual 6.46% dan sebenar 18.25%. Pakej ini dijangka siap pada 26 Disember 2026.
Terdapat 5 susur keluar sepanjang projek Jalan Raya Kota Bharu - Kuala Krai. Senarai susur-susur keluar (exit) adalah seperti berikut :
(i) Susur Perol
(ii) Susur Ketereh
(iii) Susur Kok Lanas
(iv) Susur Bukit Tin
(v) Susur Kuala Krai
Sumber Dr Izani
Tahniah atas usaha yg berterusan... bagaimanapun sebagai pembayar cukai nak juga tahu nama² kontraktor yg bertanggungjawab pada setiap pakej...
BalasPadamLama sangat dah kita tunggu
BalasPadam