ECRL Bukan Projek Keretapi Laju

MRL menjelaskan keretapi ECRL bila secara komersial beroperasi pada Januari 2027 akan bergerak pada kelajuan 160kmh bukannya 351kmh seperti yang dikatakan oleh pakar dari China. Ini berikutan infrastruktur yang dibina tidak menyediakan keretapi ECRL untuk bergerak pada kelajuan 351kmh. Tambahan pula kapasiti kegunaan ECRL nanti adalah untuk 70 peratus kargo dan hanya 30 peratus penumpang.

Setakat ini perkembangan projek ECRL dah nak mencapai 60 peratus.

Gambar yang saya kongsikan dibawah ini pula adalah perkembangan pembinaan stesen ECRL Kota Bharu. Konsep stesen adalah elevated.

Dijangkakan bila keretapi ECRL beroperasi kelak, masa perjalanan KB ke KL sekitar 4 jam sahaja

Sumber gambar : SCM


Ulasan