Berbaloi Walaupun Sesat Kerana Dapat Merasa Ayam Claypot Halal Di Kelantan

Tengok video viral ayam claypot yang orang muslim jual kat Petaling, rasa terliur pulak nak cuba.

Tapi nasib baik tak sempat gi cuba kerana lepas tu viral pulak kantoi bubuh arak dalam masakan.

Lepas tu tertengok pulak ada tempat di Kelantan menjual nasik ayam claypot yang Chinese style tapi halal. Ini mesti kena pegi cuba. Sedap tak sedap itu lain kira. Yang penting kena cuba gi dulu makan.

Awalnya try cari kat Google Map tapi takde. Tapi dalam Facebook ada kongsi video lokasi kat mana. Berpandukan video lokasi dalam Facebook tu, maka mencarilah saya lokasi tempat makan itu.

Mula-mula ingat dah sesat sebab tak jumpa lorong masuk. Maklumlah lokasi kedai makan bukan kat tepi jalan utama tapi kena masuk kedalam lagi. Lepas pusing satu kali, akhirnya masuk jugak ikut lorong yang betul tapi takleh gi masuk rapat ke kedai sebab lorong sempit sangat. Terpaksa parking kereta kat luar lepas tu kena berjalan sikit untuk tiba ke lokasi kedai. Nak kata kedai makan tak jugak sebab lokasi tu dekat rumah. Rupanya penjual tu berniaga dekat rumah dia. Pasallah nak sampai pun kena masuk jauh ke dalam kampung. 

Sampai kat lokasi tu dah terasa bahang panas dari bara arang yang penjual tu guna untuk masak nasik ayam claypot. Asalnya nak order sorang satu tapi penjual nasik ayam claypot tu bagitau satu claypot boleh makan untuk 2 orang. Jadinya order 2 claypot jea lah. Kalau tak cukup nanti order lagi. Waktu menunggu tak lama sebab masa sampai tu kebetulan dah ada nasik ayam claypot yang dah nak masak. 

Betullah macam yang diorang bagitau. 1 claypot boleh kongsi. Memang betul banyak. Nasi ayam claypot datang sekali dengan sambal lada. Air tak perlu order sebab diorang bagi free. 

Rasanya macam mana ? Tak tahulah. Bagi saya biasa jea. Nak kata tak sedap tu taklah tapi biasa jea lah. Macam makan nasi dengan kicap.

Yang penting saya dah gi cuba. Jadi takde la rasa mengidam lagi. Nanti saya nak gi cuba yang kat dalam bandar Kota Bharu pulak. Ade jugak jual nasik ayam claypot. Bezanya yang dalam bandar Kota Bharu nie ayam dah siap masak. Yang tempat baru saya pegi tu diorang masak ayam mentah perap kicap bersama nasi dalam claypot. 

Ulasan