Myairline Gantung Operasi ?

Agak terkejut juga baca berita tadi syarikat penerbangan tambang murah negara, Myairline dilaporkan telah menggantung operasi bermula 12 Oktober 2023 sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak

Myairline dalam berita yang saya baca mengakui tekanan kewangan menjadi punca keputusan sukar itu terpaksa dibuat selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu. 

Penumpang yang terjejas juga dinasihatkan untuk mencari alternatif lain untuk ke destinasi mereka.

Berita yang saya baca jugak ada melaporkan syarikat penerbangan ini kemungkinan mendapat pelabur baru iaitu anak kepada Premier Sarawak, Abang Abdillah Izzarim Abang Abdul Rahman Zoha. Kemungkinan apa yang saya baca lagi dalam berita, majoriti saham yang dimiliki oleh Datuk Goh Hwan Hua akan dijual kepasa Abang Abdillah.

Ulasan