Kerajaan Negeri Kelantan Komited Tukar Paip Air Bermasalah

Kerajaan Negeri Kelantan komited menyelesaikan isu penukaran paip bermasalah sejauh 4000km secara berperingkat.

Untuk itu, kerajaan negeri akan menyerahkan satu kertas kerja kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi menyatakan hala tuju isu penukaran paip tersebut.

Walaubagaimanapun, pengurusan masa dan kewangan perlu diteliti terlebih dahulu mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri, selain memohon peruntukan daripada kerajaan persekutuan.

Setakat ini, kerajaan Kelantan meletakkan fokus utama dengan memberikan komitmen tinggi untuk menyelesaikan masalah air di negeri ini dengan membelanjakan hampir RM62 juta.

Sumber Buletin Darulnaim.


#ViraliyatBerita9pg

Ulasan