Kenapa Warga Kelantan Suka Melancong Ke Thailand

Setiap kali cuti, mesti pintu sempadan di Pengkalan Kubor, Jeli dan Rantau Panjang penuh dengan orang kita beratur untuk masuk ke Thailand. Sampaikan ada yang sanggup tunggu seawal 5 pagi di pintu sempadan. 

Jadinya apa yang menarik sangat terutamanya destinasi seperti Hatyai, Bangkok dan Chiangmai nie sampai menjadi pilihan orang kita untuk melancong ??

Salah satu adalah kos makan dan minum yang murah. Walaupun kalau nak diambil kira nilai duit kita lebih murah dari nilai Bath tapi kos makan minum disana masih lebih murah dari di Malaysia. Dah la murah sedap pulak tu. Lepas tu pelbagai dan unik. Yang penting halal senang hendak dicari.

Lepas tu nak ke Thailand nie mudah. Sama ada boleh gi dengan kereta, van atau bas, boleh gi dengan kapal terbang takpun kalau nak rasa adventurous lagi gi dengan keretapi pun boleh.

Hotel kat sana jugak murah. Yang bawah RM200 pun banyak, bersih dan moden.

Tempat menarik dan unik jugak banyak di Thailand yang boleh dilawati. Kiranya kalau melancong kat sana tak sempat nak rasa bosan.


Ulasan