Barang Makin Mahal. Apa Nasib Kita ?

Syukur alhamdulillah walaupun barang naik harga tapi ambo masih mampu serap kos yang naik. Tapi tu lah tak tahu sampai bila boleh serap. Bagaimana pula dengan orang lain ? Yang tak berkemampuan ?

Baru jah tadi ambo tengok video ada seorang brader nie bagitau anaknya ternampak ada seorang makcik termenung seorang diri kat tangga kedai. Mungkin dia ingat makcik tu tak cukup duit untuk ke klinik sebab kat situ ada klinik dan kedai runcit. Maka dihulurnya lima ringgit. Rupanya makcik tu tak cukup duit nak masuk kedai runcit untuk beli beras. 

Itu baru cerita makcik tu sorang. Bagaimana yang pula yang lain ? 

Kalau tengok kat social media ramai yang mengeluh harga beras naik. Kalau sebelum ini dapat beli beras tempatan RM26 10 kg, tapi kini sukar didapati & terpaksa beralih kepada beras import yang jauh lebih mahal. Kalau disuruh kurangkan makan nasik susah sekali kerana selalunya semakin kurang pendapatan keluarga, semakin tinggi rice consume. Punca sebab lauk tak banyak jadinya nak kenyang kena makan banyak nasi. Berbeza dengan keluarga yang pendapatannya lebih tinggi, selalunya kurang makan nasi kerana banyak makan lauk. 

Itu baru beras, tak cerita lagi harga barang lain yang nak tak nak kena beli jugak.

Apalah agaknya nasib kita ??

Ulasan