Makin Banyak Hotel Dibuka Di Kota Bharu

Tempoh hari on the way nak gi pasaraya Pantai Timur, ambo perasan Hotel Juita Inn yang dah lama ditutup tepi Maybank tengah dibaikpulih. Nampaknya hotel ini bakal dibuka kembali. Molek benarlah kerana kat Kota Bharu sangat kurang hotel yang berstatus 3 bintang keatas. 


Hotel Juita Inn tengah dibaikpulih

Kenapa hotel purple ini tak dibuka balik ?

Ambo heran dengan hotel purple kat chabang empat trafik light Seri Cemerlang nih.


Ambo ingat hari tu cat balik kerana nak dibukak balik. Rupanya tidak. Sayang molek. Kalau dulu-dulu, memang sohor lah hotel nih. Tapi lepas ditutup, sampai sekarang tutup.

Banyak hotel baru dirancang untuk dibukak kat Kota Bharu

Sebut jah Movenpick, Mercure, Hilton, gapo lagi ?? Banyak hotel dirancang untuk dibuka kat Kota Bharu tapi tu lah rancang saja. Menjadi kenyataan tu memang jauh sekali. 


Ulasan

  1. Saya kurang setuju dengan cadangan pembukaan hotel yang terlampau banyak di kota bharu ni. Banyak pembaziran akan berlaku jika kedatangan pelancong tidak sehebat yang digembar-gemburkan. Cukuplah kita selesaikan isu air dahulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wat sarang burung layang lgi untung bokali

      Padam

Catat Ulasan