Testing Burger Kayangan RM69 Di Kota Bharu

Sape tak terujakan dapat menikmati burger kayangan RM69 ?? Bukan selalu dapat rasa. Selalunya kalau ambo beli burger pun paling mahal pun burger Mcdonald yang berharga belas ringgit. Kalau cecah lebih pada tu tak pernah lagi.

Sebenarnya ambo dah lama tengok iklan pasal burger mahal nie tapi tulah sebab mahal telan air liur jea lah ambo. 

Maka ambo pun berazam. Ambo nak jugak rasa burger mahal nie. Jadinya ambo menabung setiap hari. Setiap hari ambo simpan RM2. Cukup sebulan menabung, ambo pun gi try.

Masuk jah ke dalam kedai, ambo tak tengok doh menu. Ambo bagitau ambo nak burger RM69 dengan penuh yakin. Time duk menunggu order sampai tu ambo rasa berdebar-debar.

Tunggu punya tunggu burger RM69 pun sampai. Teruja yang amat ambo nie. 

Burger RM69 ini memang besar. Ianya datang dengan French fries yang ditabur serbuk macam rempah kari bersama-sama sau BBQ yang manis yang diasap. Burger pulak 3 lapis dimana 2 lapis adalah daging hancur yang diperap dan diatasnya sekali diletakkan daging rib yang dipanggang sempurna dilumur dengan sos manis BBQ.

Masa untuk mencuba. Kerana size burger RM69 ini besar untuk sekali ngap dengan mulut adalah mustahil. Ambo terpaksa bertamadun sikit menggunakan pisau dan garfu dengan lembutnya memotong burger RM69 dan dimasukkan kedalam mulut. 

Wow. Rasanya memang wow. Tak pernah lagi ambo merasai burger yang sesedap ini. Tak hairanlah ianya mahal. Namun berbaloi. 

Namun sedap macam mana pun burger RM69 adalah lebih sesuai jika dikongsi kerana portion yang besar. Macam ambo pun asal nak makan sorang tapi bila dipertengahan jalan memang takleh habiskan sorang. Kena hulur jugak kat kawan yang ikut bersama ambo. Jangan dibuang pulak. Barang mahal kot. 

Berapa bintang ambo nak kasi ?? Kalau 5 bintang ambo bagi 4 bintang. Kalau nak bagi 5 bintang tu tak boleh kerana walaupun burger RM69 ini sedap tapi confirm lah ada cons nya jugakkan. It is still not perfect. Mana tahu ada tempat lain yang offer lagi marvellous cuma ambo tak gi try lagi. Kalau ambo gi try ambo akan berkongsi dengan korang semua.

Ulasan