Baru-baru ini diumumkan pembinaan KB Sentral di Tunjong untuk menggantikan terminal bas sementara di Lembah Sireh. Tak sedikit warga Kelantan yang teruja kerana terminal kat Lembah Sireh tu dah beroperasi lebih satu dekad.
Tinjauan ambo di Tunjong minggu ini didapati tiada lagi tanda-tanda projek KB Sentral sudah bermula.
Yang tengah rancak tengah disiapkan sekarang di Tunjong apa yang ambo tengok adalah projek ECRL dan projek Wisma Persekutuan yang baru. Projek KB Sentral takde kelihatan lagi.
Tak tahulah mungkin akan mula pembinaan tengah tahun ini ke, hujung tahun ini ke takpun tahun depan. Jangan jadi macam projek-projek kerajaan negeri sebelum ini lah. Rasmi saja tapi tak mula pembinaan. Kalau bermula projek pun lama kelamaaan terbengkalai.
Berikut adalah KB Sentral bila siap kelak. Memang canggih.
Ulasan
Catat Ulasan