Ambo rasa semua warga perantau Kelantan dah sedia maklum jalan Gua Musang - Kuala Lipis ditutup selama 1 bulan kepada lalulintas untuk memberi laluan kepada kerja-kerja projek Lebuhraya CSR.
Sudah dijangka akan berlaku kesesakan yang lebih teruk time warga perantau Kelantan pulang sempena cuti hari raya Aidilfitri nanti.
JKR ada menyediakan jalan lencongan seperti dibawah
Atau korang boleh guna jalan alternatif seperti berikut
Anak Perantauan Kelantan duduk di Lembah Klang:
Kumpulan Pertama
Jeli, Tanah Merah, Machang Barat, Pasir Mas, Tumpat
Sesuai:
Baik guna Highway Plus Grik Jeli atau Lalu je raub pos betau lembah bertam cameron highland lojing
Kumpulan Kedua
Pasir Puteh, Machang Timur (Uitm), Bachok, Kota Bharu Timur (Kubang Kerian, Pengkalan Chepa, Pusat Bandar Kota Bharu,PCB)
Sesuai:
Baik Guna Jalan TOL GOMBAK LPT TERUS TERENGGANU SAMA ADA PILIHAN SG TONG ATAU PENARIK JLN PANTAI TERUS MASUK PASIR PUTEH.
Kumpulan Ketiga
Gua Musang, Kuala Krai, Machang, Kok Lanas
Sesuai:
Laluan Biasa
Tol Gombak Bentong Raub Lipis Gua Musang ada Pilihan alternatif jln diberikannya terus ke Bdr Utama Gua Musang terus Kuala Krai berakhir Kota Bharu Selatan atau Gua Musang Stelu Dabong bypass ke Laloh Terus ke Kuala Krai hingga Kota Bharu Selatan.
Habis dh fikir tu....
CATATAN
Tinjauan Trafik Semasa Sekitar Gua Musang Bagi Penggunaan Kenderaan yang menggunakan laluan berkenaan Antaranya:
Harian sekitar 40-50%
Mingguan 60-70%
Cuti Umum Biasa 60%-80%
Cuti Sekolah 50%-70%
Cuti Raya Kemungkinan dalam 70%-90%
Sumber Kajian Friends JKR
Ulasan
Catat Ulasan