Progress Pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

Lalu ikut jalan Pengkalan Chepa semalam, ambo sempat snap gambar-gambar projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Seronok tengok sebab progress projek laju walaupun terlewat tempoh hari kerana pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara. 

Yang pasti dengan peningkatan kapasiti airport kepada 4 juta penumpang bila siap kelak pada 2024 & tambahan 8 parking pesawat baru, akan mengukuhkan kedudukan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai hab penerbangan pantai timur. 










Dijangka jugak laluan baru antarabangsa melibatkan ASEAN region akan diperkenalkan nanti melalui lapangan terbang ini. Nanti mudahlah orang Kelantan kita nak melancong, tak perlu lagi transit kat KLIA. 

Ambo jugak berharap sangat kesan limpahan ekonomi daripada projek pembesaran airport ini iaitu lebih banyak pelancong datang melawat Kelantan, bukan sekadar transit semata-mata untuk menghabiskan holiday di pulau kat Terengganu. 

Ulasan