Seronok Ke Menetap Di Kelantan

Seronok ke menetap di Kelantan ? 

Sudah tentulah seronok, maklumlah disini saya dilahirkan dan dibesarkan. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.

Ingin saya kongsikan walaupun di Kelantan ini tiada panggung wayang, tiada shopping mall yang gah, tiada taman tema air untuk berseronok seperti di negeri luar, itu semua bukannya faktor utama. Kalau setakat shopping mall, kat Kelantan ini dah ada dua, Aeon Mall dan KB Mall. Itu pun dah lebih dari cukup. Nak buat apa ada banyak, bukannya selalu nak gi shopping pun. Kalau gi pun memang ada tujuan dan beli sesuatu. Kalau setakat pegi saja-saja nak melepak tu memang tak lah, buang masa saja. Kalau nak tengok movie baru, apa susah, kereta ada, boleh jea drive ke Kuala Terengganu yang hanya 2 jam setengah perjalanan. Sambil tengok wayang, boleh sambil itu jalan makan angin. Takde taman air, itu tak menjadi masalah. Pantai di Kelantan jauh lebih best dari berseronok kat taman tema air, more to nature omputeh bagitau. 

Yang paling best makanan di Kelantan sedap dan murah. Kalau di KL mustahil dapat makan dengan kenyang jika ada RM5 dalam poket. Tapi kalau kat Kelantan itu tak mustahil. Cumanya kena pandai carilah, selalunya kat kedai dan gerai kat pinggir bandar. Selalunya kalau makanan yang dijual dalam bandar agak mahal. 

Kalau korang pulak macam mana ?

Ulasan

Catat Ulasan