Kenapa Sanggup Menetap Di Kelantan Walaupun Gaji Murah


Memang sudah menjadi rahsia umum gaji di Kelantan ini tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan belah luar even untuk pekerjaan yang sama. Tambahan pulak pekerjaan di Kelantan tak pelbagai sangat, jadinya jika ada 1 jawatan kosong, ianya akan menjadi rebutan, memberi peluang kepada majikan untuk tidak memberi gaji yang setimpal.

Walaupun gaji murah, ada jugak yang sanggup jugak menetap di Kelantan, tak rela nak berhijrah untuk gaji dan peluang yang lebih cerah.

Kenapa begitu ?

Salah satu faktor adalah keluarga. Jika tinggal keluarga takut teringat pulak. Jadinya agak berat untuk meninggalkan keluarga terutamanya yang dah ada anak bini. Mereka tak kesah gaji berapa janji tak perlu meninggalkan anak bini. Lagi pun kalau bekerja belah luar tinggal family kononnya gaji lebih mahal, tambah tolak kena bayar itu ini, lebih baiklah bekerja aje di Kelantan. 

Ada jugak sebab memang tak makan gaji. Lebih selesa bekerja sendiri samada berniaga atau buat kerja food rider. Tambahan pulak bekerja sendiri atau berniaga menjanjikan pulangan pendapatan yang lebih tinggi dari makan gaji. Yang tinggal malas atau rajin.

Ulasan