Kenapa Perempuan Kelantan Menjadi Rebutan


Bukan lagi satu rahsia perempuan Kelantan sentiasa menjadi rebutan jejaka untuk dibuat pasangan hidup.

Faktor berikut menjadi peranan

Takleh dinafikan perempuan Kelantan cantik semulajadi tanpa memakai apa-apa produk. Kalau putih memang putih asal. 

Sifat perempuan Kelantan yang suka berdikari. Mereka tak bergantung sangat kepada suami bahkan siap boleh bantu suami pulak untuk bayar contohnya loan rumah, kereta dan sebagainya. Sebab tu kalau suami curang dan tinggalkan mereka, diorang tak kesah pun kerana ada pendapatan sendiri.

Perempuan Kelantan cukup setia kepada pasangan. Bila dah kahwin mereka dah tak cari lain. Even kalau si suami meninggal, diorang susah nak kawin lain.

Perempuan kelantan ini cakapnya lembah lembut. Ini mungkin kerana loghat Kelantan itu sendiri yang lembut. Kalau dengar saje orang perempuan panggil abe abe, boleh cair orang lelaki.

Perempuan kelantan boleh dikatakan family oriented. Apa-apa pun diorang lebih mengutamakan keluarga dari orang lain.

Perempuan Kelantan kebanyakannya mengambil berat pasal agama. Ini mungkin kerana menjadi lumrah di Kelantan keluarga amat mengambil berat didikan agama pada anak-anak. Kerana itu bila mereka dah dewasa diorang tak pandai ringan atau enteng bab agama. Sebab tu kalau di Kelantan perkara biasa perempuan kelantan bertudung litup.

Perempuan Kelantan terkenal kerana pandai memasak. Tak kesah lah masak apa pun memang sedap kerana diorang memasak dengan penuh passionate dan kasih sayang.

Ulasan

  1. sbb adat perkhwinan mudah murah xmbeban pihak lelaki..mas khawin murah

    BalasPadam
  2. Betul ke Ni..😂😂

    BalasPadam

Catat Ulasan