Kenapa Orang Luar Seronok Menetap Di Kelantan


Dah ramai orang luar Kelantan yang saya jumpa dan kenal memilih untuk bermaustautin terus di Kelantan. Kiranya nak pencen di Kelantan. Dah taknak balik ke tempat asal. 

Kenapa begitu ? Menurut apa yang diorang bagitau saya kenapa prefer menetap di Kelantan dan taknak pindah dah ke tempat asal diorang kerana

Suasana di Kelantan yang menenangkan.

Walaupun tinggal di bandar Kota Bharu, suasananya tak sama macam bandar besar lain di luar sana. Kat sini lebih tenang dan suasana pun masih kekampungan. 

Serba serbi murah

Menurut mereka kat Kelantan serba serbi murah tak sama macam belah luar sana. Bukan perkara pelik untuk beli nasik kukus 3 bungkus semurah RM10 sahaja.

Orang Kelantan baik baik

Sebelum ini orang Kelantan selalu dianggap bersifat assabiah sampai orang luar nak berkawan dengan orang Kelantan pun tak berani kerana sikap mengutamakan orang negeri sendiri. Namun bila mereka kenal molek orang Kelantan lain pulak ceritanya. Bersikap assabiah itu hanya mitos semata-mata. Baru mereka terkejut bahawanya orang Kelantan ini baik, mesra dan mudah untuk diminta tolong.

Ulasan