Jalan Kelantan Makin Sesak. Apa Solusinya

Sesiapa yang lama menetap di Kelantan especially di ibu negeri Kota Bharu pasti perasan jalan tak sesesak dulu. Kalau dulu jalan Wakaf Che Yeh ambik sebagai contoh takdelah sesak alah mana, kalau sesak pun alik petang time warga balik dari tempat kerja. Tapi kini boleh dikatakan setiap masa jalan Wakaf Che Yeh tu sesak. Ambik satu lagi contoh jalan Hospital. Kalau dulu takde lah sibuk macam sekarang. 

Punca ?

Semakin hari kenderaan semakin banyak. Jalan pulak masih ditakuk lama, masih lagi selorong. Trafik light pulak makin bertambah dan yang paling takleh blah jarak trafik light yang dekat antara satu sama lain. Saya pun tak paham kenapa dibina dalam jarak yang dekat sehinggakan jalan yang tak berapa sesak tetiba jadi sesak. Lepas tu pulak orang kita lagi suka guna kenderaan sendiri dari menggunakan public transport. Takleh salahkan orang kita jugak kenapa tak guna public transport kerana public transport kat Kelantan ini ada pun gitu gitu jea, tak berapa modern dan tak berapa boleh diharap sangat. 

Solusi ?

Adakah dengan menaik taraf jalan di Kelantan kita ini akan menyelesaikan masalah lalulintas ? Jawapannya tidak kerana kenderaan semakin hari semakin bertambah. Tiada cara lain kecuali fokus perlu diberikan untuk memperkasakan public transport di Kelantan. 

Public transport terutamanya bas perlulah boleh lebih diharap dan lebih kerap. Untuk memastikan ketibaan bas lebih kerap, jumlah bas perlu ditambah. Dan untuk memastikan perkhimatan bas boleh diharap, perlu ada apps dimana lokasi bas dan waktu bas akan tiba dapat diketahui oleh pengguna. Jadinya pengguna bas dapat plan lebih awal sebelum bas tiba. Kesemua idea ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Kita tak boleh harap sangat kepada pengendali service bas kerana memang diketahui public transport ini tak pernah profitable. Nak tak nak kerajaan lah yang perlu keluarkan belanja. Dari satu segi mungkin rugi tapi kesan berantai itu yang menguntungkan.

Ataupun mungkin kerajaan boleh mempertimbangkan untuk memperkenalkan tram ataupun LRT di Kota Bharu. Benda baru selalunya orang kita suka. 

Ulasan

Catat Ulasan