Terminal bas sementara kat Lembah Sireh sudah agak lama. Dengan pengguna semakin ramai, terminal bas Lembah Sireh boleh dikatakan sudah over capacity. Tambahan pulak ianya hanya untuk sementara sebelum digantikan dengan bangunan terminal yang tetap.
Tapi bila ?
Asalnya terminal bas baru akan dibina kat Lembah Sireh tapi rancangan sudah bertukar. Lokasi terbaru terminal bas adalah di Bandar Baru Tunjong bersebelahan dengan stesen ECRL Kota Bharu.
Asalnya katanya nak start bina bulan Jun kemudian ditunda ke bulan September, lepas tu tak tahu bila.
Yang terkini dalam bajet 2023 Kelantan, kerajaan negeri umumkan peruntukan RM30 juta untuk membina terminal bas serba moden di Bandar Baru Tunjong.
Persoalannya sekarang bilakah agaknya pembinaan terminal bas moden kat Tunjong itu akan bermula ?
Sejujurnya saya agak risau kerana sudah banyak kali projek kerajaan negeri samada sekadar pecah tanah letak batu asas semata-mata (seperti projek stadium dan hospital patuh syariah) atau projek berjalan kemudian terbengkalai di tengah jalan seperti flat rakyat di Badang dan projek Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai (kemudian diambil alih oleh kerajaan persekutuan tapi tu pun projek agak perlahan sedangkan tarikh siap 2025 sudah tak lama).
Walaun hanya mahukan islam..
BalasPadamAlhamdulillah....moden biar anak cucu tak lalai ... Islam jadi keutamaan .... Lihatlah Arab sekrg ...kita sudah hampir ke penghujung
BalasPadam